Bertempat di Lobby Menara Hap Seng, Jalan P.Ramlee telah di adakan satu pertunjukan tarian singa tepat pada jam 12.30 tengah hari. Syarikat Hap Seng juga telah menjemput tetamu khas dari Rumah Penjagaan Kanak Kanak Cacat Taman Megah, Petaling Jaya sebagai tetamu khas bagi majlis ini. Hidangan tengah hari juga ada disediakan
Kanak kanak istimewa ini sangat terhibur dengan pertujukan tarian singa. Mereka kelihatan sangat gembira, walaupun dari raut wajah mereka, tidak menunjukan apa apa reaksi.
Saya dapat merasakan kesedihan dan kepayahan mereka sebagai kanak kanak kurang upaya (OKU). Ada di kalangan mereka yang cacat penglihatan, tidak mampu bertutur dan ada juga sebilangan dari mereka yang mengalami "down sindrome". Terhibur hati kami melihatkan gelagat mereka.

Sesungguhnya merekalah insan insan terpilih oleh tuhan sebagai insan istimewa di dunia kita ini...
Dewa Kekayaan pun ada sama.

No comments:
Post a Comment