Wednesday, February 17, 2010

Makcik Makcik kesayangan saya...


Adik beradik mak saya kesemuanya adalah 6 orang. Semuanya perempuan. Masing masing dah berkeluarga.


Mak Long Midah, umur saya kurang pasti. Menetap di Muar johor. Berkerja sebagai seorang Mak andam sekitar Johor. Mak Long saya merupakan seorang makcik yang sangat lemah lembut, penyayang.. Walaupun saya dah tua, mak long tetap cium pipi saya bila kami bertemu...hehehe.. rasa mcm budak budak lah, tapi saya suka.....heheheh

Mak Ngah @ ibu saya anak kedua.

Mak Teh Ecah, tiada di dalam gambar. Mak Teh Ecah menetap di Bandar Sunway. Sudah berkeluarga dan bekerja sebagai tukang masak untuk sekolah sekolah sekitar Kuala Lumpur. Mak Teh saya ni rugged dan stylo lagi... Memang selalu uptodate from hair to toe ....Sporting giler.. Saya dan Mak Teh saya berkongsi moto, bukan motorsikal lah. Moto kami ialah "Rasa biar rasa, jangan sampai binasa"...... gerek tak moto mak teh ni? hehehe


Mak Lang Pari menetap di Senawang. Tidak bekerja dan bekerja di rumah sajo.... hehehe. Suami Mak Lang bekerja sebagai Pegawai atasan berpengkalan di Senawang.....Saya suka ngan Mak Lang saya ni. Dia ni kuat gelak. Gelak berdekah dekah, macam nak putus nyawa jer.. hehehe. Mak Lang dan Ibu saya memang tak boleh dekat. Kalau dekat, mesti ketawa.. ada saje bahan lawak dowang ni...hehehe.....

Mak Pah saya menetap di Bukit Senggeh, Selandar Melaka. Bekerja sebagai seorang guru. Suami pun seorang guru dan anak sulung nya juga seorang guru. Keluarga Mak Pah adalah keluarga yang boleh saya katakan keluarga yang sangat educated. Anak sulung Mak Pah yang kini mengajar baru je setahun lebih pulang dari New Zealand. Anak anak Mak Pah, semuanya menjadi.... pandai pandai belaka..... Mak Pah saya ni, lebih kepada low profile. Tak sama dengan adik beradik nya yang lain.


Busu Edah saya ni yang sekarang menetap di rumah pusaka nenek saya... Busu saya ni maseh lagi bekerja di sebuah syarikat swasta di bandar Melaka. Sporting dan uptodate....


Saya rindukan suasana ketika kami semua berkumpul.Tapi setelah kematian datuk dan nenek, sukar sangat untuk kami berkumpul. Nak jumpa sepupu sepapat pun susah la sangat..


Harap harap, satu hari nanti kami semua akan bersua muka.. Rindu kat semua anggota keluarga mak saya.... Rindu kowang....


No comments:

Post a Comment