Tuesday, July 28, 2009

THE VARIATION OF ME !

SAJE JE NAK SHARE MY PHOTOS LAMA LAMA SAMPAI LA SEKARANG......






SALAM KENALAN DAN SALAM SAHABAT

Saya nak ucapkan salam kenalan kepada kawan baru saya.. baru tak baru hampir dua bulan dah berkawan.....

Nama kawan saya ni, Dhina matha... budak celcom berumur 20an. Masih singgle katanya......hehehhehe.Dhina ni kadang kadang "ting tong" gak, lucu selucu lucunya..tu yang best giler....


nak di jadikan cerita, saya kenal dhina dari kawan kawan saya... Rasanya kami mula rapat semenjak kali pertama dhina join saya berkaraoke... dan lepas tu, kalau ker setiawangsa, kalau dia ada lagi best, rancak berborak ngan si ketot nih..

Besday dia bulan 8..... dah dekat dah..... hrmmm...insyallah, kalau ada rezeki ada lah hadiah besday.....

Salam kenalan dari ku, semoga kau tetap menjadi diri kau...... :)

Monday, July 27, 2009

KISAH SAHABAT

Selepas habis bershopping dan makan bersama sama kawan, saya menuju pulang untuk menghantar syerry ke rumah. Sepanjang perjalanan pulang, kami berdua happy sangat.... macam macam hal kami bercerita.
Bila tiba di Jalan B1, Taman Melawati pada jam 1.00 pagi, kelihatan ada sekor kucing yang pada jangkaan kami baru sahaja meninggal dunia..Kucing berbulu oren terkulai di tengah tengah jalan..
kami memperlahankan kenderaan dan mahu mengalihkan mayat kucing itu...
Kami terharu bila terlihat, ada lagi sekor kucing yang pada masa itu, tidak berganjak melihat kawan nya yang sudah tidak ada lagi... huhuhuhuhuh.. sedih nya hanya Allah sahaja yang tahu..Kami menjangkakan baru sahaja perlanggaran berlaku mungkin ketika mereka bermain kejar mengejar sesama mereka..
Saya dengan perasaan sedih dan hiba, mengalihkan mayat kucing itu dan meletakan di bahu jalan di bawah sebatang pokok. . Ketika itu, kucing itu masih lagi tidak berganjak melihatkan perbuatan saya...
Sepanjang perjalan pulang, perasaan sebak, sedih, terharu masih kuat lagi bermain di fikiran saya. Ingin sesekali saya menitiskan air mata terharu, tetapi saya buat endah tak endah kan hal yang telah berlaku tadi... apakah nasib kawan kepada si mati itu?semestinya "dia" merasakan kehilangan sesuatu yang amat berharga pada nya... PERSAHABATAN?
Kesimpulan cerita ini adalah, persahabatan yang terjalin tidak mungkin akan terputus hingga ke akhir hayat sekiranya persahabatan itu suci dan ikhlas.. sedangkan haiwan yang allah tidak kurniakan akal fikiran pun masih lagi menyanyangi makhluk jadian allah, inikan kita manusia yang allah cipta kan dengan sebaik baik kejadian.
Saya bersyukur kerana Allah telah menunjukan kepada saya bertapa pentingnya kasih sayang sesama insan, persahabatan yang mewarnai kehidupan kita seharian dan juga apakah itu nilai persahabatan . kepada sahabat sahabat ku, terima kasih di atas persahabatan yang terjalin..... semoga persahabatan kita di rahmati allah.... sehingga ke akhir hayat, insyallah.
Saya sayang semua....
p/s: saya tak bisa menyenaraikan sebarang nama kerana bagi saya, semua makhluk tuhan yang saya kenali adalah sahabat saya yang allah temukan bagi membantu mewarnai kehidupan saya sebagai insan kerdil yang jahil,lemah dan perlukan bimbingan...