Monday, July 27, 2009

KISAH SAHABAT

Selepas habis bershopping dan makan bersama sama kawan, saya menuju pulang untuk menghantar syerry ke rumah. Sepanjang perjalanan pulang, kami berdua happy sangat.... macam macam hal kami bercerita.
Bila tiba di Jalan B1, Taman Melawati pada jam 1.00 pagi, kelihatan ada sekor kucing yang pada jangkaan kami baru sahaja meninggal dunia..Kucing berbulu oren terkulai di tengah tengah jalan..
kami memperlahankan kenderaan dan mahu mengalihkan mayat kucing itu...
Kami terharu bila terlihat, ada lagi sekor kucing yang pada masa itu, tidak berganjak melihat kawan nya yang sudah tidak ada lagi... huhuhuhuhuh.. sedih nya hanya Allah sahaja yang tahu..Kami menjangkakan baru sahaja perlanggaran berlaku mungkin ketika mereka bermain kejar mengejar sesama mereka..
Saya dengan perasaan sedih dan hiba, mengalihkan mayat kucing itu dan meletakan di bahu jalan di bawah sebatang pokok. . Ketika itu, kucing itu masih lagi tidak berganjak melihatkan perbuatan saya...
Sepanjang perjalan pulang, perasaan sebak, sedih, terharu masih kuat lagi bermain di fikiran saya. Ingin sesekali saya menitiskan air mata terharu, tetapi saya buat endah tak endah kan hal yang telah berlaku tadi... apakah nasib kawan kepada si mati itu?semestinya "dia" merasakan kehilangan sesuatu yang amat berharga pada nya... PERSAHABATAN?
Kesimpulan cerita ini adalah, persahabatan yang terjalin tidak mungkin akan terputus hingga ke akhir hayat sekiranya persahabatan itu suci dan ikhlas.. sedangkan haiwan yang allah tidak kurniakan akal fikiran pun masih lagi menyanyangi makhluk jadian allah, inikan kita manusia yang allah cipta kan dengan sebaik baik kejadian.
Saya bersyukur kerana Allah telah menunjukan kepada saya bertapa pentingnya kasih sayang sesama insan, persahabatan yang mewarnai kehidupan kita seharian dan juga apakah itu nilai persahabatan . kepada sahabat sahabat ku, terima kasih di atas persahabatan yang terjalin..... semoga persahabatan kita di rahmati allah.... sehingga ke akhir hayat, insyallah.
Saya sayang semua....
p/s: saya tak bisa menyenaraikan sebarang nama kerana bagi saya, semua makhluk tuhan yang saya kenali adalah sahabat saya yang allah temukan bagi membantu mewarnai kehidupan saya sebagai insan kerdil yang jahil,lemah dan perlukan bimbingan...

2 comments:

  1. gittew.....
    sy sayang anda juga....
    w/pun baru mengenali anda tp sy rasa kan seperti sudah lama bersama2 anda....
    anda such a good friend....
    hopefully our friendship will last forever.....
    muahhhhhhhhhhhh
    (x bole lebih2.... nnt lessy i marah... muahahhahahah)

    ReplyDelete