Maseh mencari cari nama yang sesuai untuk budak gemuk ni.... lagi gambar akan menyusul bila ada masa..
Wednesday, November 9, 2011
My new furball
Maseh mencari cari nama yang sesuai untuk budak gemuk ni.... lagi gambar akan menyusul bila ada masa..
Tuesday, June 14, 2011
Allah Maha Besar
Kambing wajah filem animasi
ALOR GAJAH: Seekor anak kambing yang baru tiga hari dilahirkan di Kampung Baru (2) Gadek berwajah pelik menyerupai watak makhluk asing ‘Sully’ dalam filem animasi ‘Monster Inc’ dan didakwa mengeluarkan suara seperti bayi.
Anak kambing diberi nama ‘Mewa’ sempena singkatan ‘Istimewa’ oleh pemiliknya, Zakaria Husin, 70, yang mula menyedari keanehan pada haiwan ternakannya itu yang dilahirkan kembar di kandang miliknya.
“Ibu kambing itu melahirkan anak kembar dan ketika hendak membersihkan bendalir pada tubuh seekor anak kambing itu, saya terkejut melihat wajahnya yang pelik tidak seperti kebanyakan kambing lain dengan matanya tersembul keluar. Seekor lagi anak kambing itu dilahirkan normal,” katanya.
Lebih mengejutkan, Zakaria mendakwa anak kambing itu tidak mengembek kerana bunyinya seakan-akan bayi menangis dan ada ketikanya dia mendengar ia seolah-olah menjerit perkataan ‘mak’.
“Saya kasihan melihat keadaan fizikalnya dan disebabkan wajahnya yang unik itu menyebabkan dia sukar berdiri dengan betul dan kepalanya bergoyang ke kiri dan juga ke kanan serta tidak stabil, selain lidahnya terjelir sejak lahir,” katanya.
Menurut Zakaria, ‘Mewa’ tidak boleh menyusu ibunya sendiri kerana lidahnya sentiasa terjelir dan dibantu dan jika tidak ia tidak duduk diam, malah akan mula merengek seperti bayi.
Tuesday, June 7, 2011
Tuesday, May 31, 2011
Fitness First

Dah nak hampir 2 tahun saya bergym di Fitness First.... Mula mula time baru je masuk gym, saya work out pakai machine... wat threadmill, cycling, dan sebelum balik buat weight dalam 2-3 set... tak sampai sejam dah boring nak balek..


KARAK movie bersama BFF

