Thursday, March 25, 2010

Sunday, February 28, 2010

Photo Session Part 2

Saje je nak upload pic berangan berangan sendiri.. janji tak kacau orang... Ada aku kesah, Cak cak cak cak cak

Tuesday, February 23, 2010

MENARA HAP SENG- LION DANCE 2010

Bertempat di Lobby Menara Hap Seng, Jalan P.Ramlee telah di adakan satu pertunjukan tarian singa tepat pada jam 12.30 tengah hari. Syarikat Hap Seng juga telah menjemput tetamu khas dari Rumah Penjagaan Kanak Kanak Cacat Taman Megah, Petaling Jaya sebagai tetamu khas bagi majlis ini. Hidangan tengah hari juga ada disediakan

Kanak kanak istimewa ini sangat terhibur dengan pertujukan tarian singa. Mereka kelihatan sangat gembira, walaupun dari raut wajah mereka, tidak menunjukan apa apa reaksi.

Saya dapat merasakan kesedihan dan kepayahan mereka sebagai kanak kanak kurang upaya (OKU). Ada di kalangan mereka yang cacat penglihatan, tidak mampu bertutur dan ada juga sebilangan dari mereka yang mengalami "down sindrome". Terhibur hati kami melihatkan gelagat mereka.

Sesungguhnya merekalah insan insan terpilih oleh tuhan sebagai insan istimewa di dunia kita ini...

Dewa Kekayaan pun ada sama.



Si singa yang comel... :)


Kanak kanak yang dapat mencuri perhatian saya...

Dari kiri, naga merah, Mr. Allan Teh, Dato' Paul Ng, Ms. Teoh Siang Siang, Mr. Albert Chew dan Naga hijau dari Hap Seng Properties Development Sdn Bhd

Group photo bersama tetamu dari Rumah penjagaan Kanak Kanak Cacat Taman Megah, Petaling Jaya

Menikmati jamuan tengah hari yang di taja khas dari Sisters' kitchen dan Olive Tree Restaurant, Menara Hap Seng

Ms. Siang Siang sedang sibuk melayan kanak kanak istimewa

Satu Malaysia


Comel sekali


Sebilangan tetamu


Sunday, February 21, 2010

Detik gembira menanti kelahiran.....


Tak sabar rasanya menunggu kucing betina saya melahirkan anak anak kucing yang comel comel..berbunga bunga hati saya hanya tuhan saya yang tahu... how sweet....


Di rumah, setiap saat saya terfikir pasal dia, terus saya jengok jengok keadaan dia.. dah beranak ke belom? Semalam, saya jengok dia lagi sebelum tdo dan pagi ni, Elang maseh lagi belom bersedia nak beranak... :) takes time rasanya.. mungkin Elang nervous kot.. maklumlah first time nak deliver baby...


Insyallah kalau takde aral melintang, hujung minggu ni Elang akan beranak.. Harap harap semuanya selamat..... kalau tengok perut, mungkin tak banyak.. tapi mana nak tau... Elang buat surprise plak nanti..


nanti kalau dia dah beranak, saya tempek pic mereka semua .. Insyallah..... Doakan semuanya selamat. Amin.


Kerja....


Hrmmm.. dah sampai masa untuk saya fikirkan masa depan saya.. mungkin sedikit lewat.. selama ini saya gembira dan bersyukur dengan apa yang saya ada. Iaitu pekerjaan saya sekarang.. tapi bila dihitung ditambah ditolak, maseh lagi tidak mencukupi....


Tahun ni dah masuk tahun ke6 saya setia bersama syarikat HSCB.. Saya gembira dengan suasana kerja, rakan sekerja, persekitaran keliling saya... Dekat dengan tempat tinggal saya, dekat ngan Fitness First dan yang paling selesa dan alasan kukuh mengapa saya maseh bertahan adalah kerana saya selesa dengan apa yang saya ada.....


Rasanya dah masanya saya beralih arah.. mencari kepastian yang lebih baik. Yang penting dapat menjamin masa depan saya....... Insyallah, saya maseh mencari cari peluang di mana mana.. kalau ada, ada lah.... yang penting kita mencuba....


Doakan saya berjaya dalam kehidupan saya.. Amin...



Pic Kucing Nurul

Ni dia pic Exotic yang saya sangat suka.. comel la sangat.....
enjoy the pics.





Friday, February 19, 2010

Nite Life- Feb 2010



Semalam, Syerry ajak saya ke MOS (Ministry Of Sound) di Sunway coz dia dapat 4 tiket complimentary dari Fly FM. Just me, syerry dan Hafis je coz tak tau sapa nak di angkut join sama.

It was the first time saya ke MOS. Tempat dia, fuyooooo sangat lah besar dan ada kelas..


Entrance dia, grand giler.. kena masok naik tangga turun tangga, ada counter tiket baru leh masok dance floor.


Lagi satu, kat MOS security mereka sangatlah straight. Clubbers tak dibenarkan merokok..Dance floor dia , memang maha besar.... siap ada tangga naik ke atas which is clubbers boleh tengok orang menari di dance floor dari pandangan atas...

Bagi saya, MOS is one of the nicer and has its own look and style compare to other clubs. Ayoooo, Tapi memang potong,,,, tak dapat merokok kat dalam tu...
Right after saya sampai ke dance floor, my eyes was served dengan ada sowang awek ni.. Agaknya minah ni budak budak lagi.. maybe dalam awal 20 an coz tengok badan dan style dia ni mesti baru dapat "green light" kot... Minah ni dok terkedek kedek atas podium.... mcm dah high sangat sampai dah tak hirau orang lain dok pandang dia. hehhee. Tiba tiba je minah ni lesapppppp.. entah ke mana



Lepas tu, kami bertiga mula la shuffle, techtonics dan entah entah apa lah grove kami orang buat. hehehee.... Semua dah campur....goyang punya goyang, orang pun makin lama makin ramai... dalam kepeluhan menari tiba tiba je minah tadi dah tercongok kat atas centre podium... hehehehe.. mungkin tadi time dia takde, dia gi " battery" dulu kot..

Mata saya dan mata jantan jantan lain dok tertumpu kat minah ni.. Minah ni betul2 let loose.....stim je jantan jantan kat bawah tu. Dah la dia tu pakai blause pendek. bila dia dok gelek punya gelek, goyang inul pun dia buat harus ternampak ponggong dia... hehehehe... dah macam show girl dah... makin ramai owang sorak, makin berangan lah minah ni...hehehe.I'M a DIVA, feeling dia lah...


Macam biasalah, bila lagu DJ Tiesto mainkan, semua orang berteriakan... Meloncat sana sini, sambil put the hands in the air....FUHHHH.. Lagu Tiesto memang layan beb..... Bila beat grove yang rancak bercampur plak lighting kat club tu, semua dok layan kepala masing masing...hehehe..

Kat dalam tu, macam macam jenis orang kita leh tengok. Yang tua, yang muda, orang puteh, orang itam, orang coklat, orang ensem, orang cantik, orang poyo, orang high, dan macam macam orang lah. kowang tak caya, masok lah mana mana club scene... mesti kowang jumpa mcm mcm orang...

Show abes jam 3.. dan towards the end, dj pun slow kan volume dan lampu pun dah mula nak diterangkan. kami bertiga dok pakat kuar, coz takut nanti orang bersesak sesak plak nak berammm dari situ.

Bila kuar je, ada 4-5 kumpulan polis dok jaga jalan luar tu... Confirm sape yang overdose mesti kena tarik balik punya... Polis polis bodoh memang tunggu masa mcm ni untuk buat duit lebih..

Sampai je umah syery, terus je amik kereta dan pecut laju..... Esok keje woooo... dan lepas tu,,, ZzzZzZzZzZzZzzZ....


p/s: thanks syery coz selalu ajak i mengekor u ke club.. heheeh. BFF ok.